Lisa Surihani manfaatkan media sosial sebagai ruang refleks diri

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Dalam perkembangan dunia digital yang menjadikan media sosial sebagai platform utama untuk ahli masyarakat berkongsi rutin harian, pelakon yang dikenali dengan sikap lemah lembutnya Datin Lisa Surihani tidak ketinggalan memanfaatkan wahana itu.
Kepusatan ASEAN keistimewaan yang perlu diraih berterusan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Kepusatan ASEAN adalah suatu keistimewaan yang perlu diraih dan dikekalkan secara berterusan oleh 10 negara anggota dalam dunia yang semakin ditentukan oleh perubahan dinamik geopolitik dan kepentingan negara yang pelbagai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
17 maut, puluhan cedera dalam nahas bas persiaran di Thailand

BANGKOK, 26 Feb: Tujuh belas orang maut manakala lebih 20 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa rombongan lawatan sambil belajar sebuah perbandaran dari Wilayah Bueng Kan terbalik ketika menuruni Bukit Phu Thon di Prachinburi, timur Thailand, awal pagi Rabu.
Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama sektor tenaga di Vietnam

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petrovietnam akan mempercepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam merangkumi aktiviti di sektor huluan dan hiliran, gas serta tenaga boleh baharu.
Jalan Repok dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat

SARIKEI, 26 Feb: Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan jalan utama di Jalan Repok di sini dilanda banjir kilat awal pagi tadi.
Dasar AP Terbuka tingkat daya saing industri automotif Sarawak

KUCHING, 26 Feb: Pelaksanaan Dasar Permit Import (AP) Terbuka dijangka membuka lembaran baharu dalam industri automotif di Sarawak, sekali gus meningkatkan persaingan dalam kalangan pemegang AP di negeri ini.
Kemalangan maut libatkan lori, tuntutan insurans tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan lori, isu penyakit kerap dituntut dalam insurans perubatan dan trend kematian kanak-kanak di pusat asuhan antara tumpuan utama Dewan Rakyat, hari ini.
Ibu bapa perlu main peranan dalam memastikan anak-anak kuasai 3M

KUCHING, 26 Feb: Ibu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dalam masalah anak-anak yang belum menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira).
Sarawak teroka penggunaan AI dalam pendidikan prasekolah

KUCHING, 26 Feb: Sarawak harus membuktikan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat pendidikan prasekolah dapat melahirkan murid yang cemerlang.
Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini

SHAH ALAM, 26 Feb: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Feb lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.