Angka korban akibat hujan lebat di Madagascar meningkat kepada 22 orang

ANTANANARIVO, Madagascar, 25 Feb: Angka korban akibat hujan lebat yang melanda Madagascar sejak 14 Feb meningkat kepada 22 orang, lapor Xinhua yang memetik laporan terkini Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan (BNGRC) pada Isnin.
Lelaki melecur cuba padam kebakaran rumahnya di Kampung Melayu Beluru

MIRI, 25 Feb: Seorang lelaki melecur di bahagian tangannya dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Melayu Beluru, Bakong di sini, malam tadi.
Ringgit dibuka tinggi, pelabur memantau perkembangan tarif AS

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan percubaan selanjutnya dijangka melepasi di bawah paras RM4.40 berikutan peniaga dan pelabur memantau langkah seterusnya berhubung tarif Amerika Syarikat (AS).
Air Borneo tingkat kesalinghubungan Sarawak, lengkapi sektor penerbangan nasional – Loke

SEPANG, 25 Feb: Penubuhan Air Borneo yang disokong oleh kerajaan Sarawak dijangka mengukuhkan kesalinghubungan serantau selain meningkatkan pilihan perjalanan udara di Malaysia Timur tanpa mengganggu landskap penerbangan sedia ada negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.
Umat islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muat naik kandungan palsu Majlis Raja-Raja: Individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu di sini pada 11 malam tadi, selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.