Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menyertai lebih 4,000 peserta pada Larian KL Autism Awareness Fun Run 2025 yang julung kali diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan autisme.
Prestasi konsisten kunci Melaka FC julang trofi kejuaraan A1 Semi Pro

MELAKA, 23 Feb: Prestasi konsisten pasukan Melaka FC sepanjang saingan Liga A1 Semi Pro musim ini, dilihat menjadi kunci utama kejayaan pasukan itu menjulang trofi kejuaraan.
ASEAN perlu bekerjasama tangani kesan perubahan iklim dan risiko bencana – ESCAP

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (ESCAP) menggesa ASEAN menggunakan pendekatan yang lebih bersepadu dalam menangani perubahan iklim, memberi amaran bahawa bencana berkaitan iklim yang semakin buruk boleh mengancam kestabilan ekonomi dan sosial di rantau ini.
Berhati-hati pilih kontraktor projek perumahan

SIBU, 23 Feb: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila memilih kontraktor untuk projek perumahan.
TEGAS Digital Co-Living Lodge dijangka siap 2027

KUCHING, 23 Feb: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Digital Co-Living Lodge dijangka siap pada tahun 2027.
TEGAS komited perkukuh pembangunan modal insan

KUCHING, 23 Feb: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) terus komited dalam memperkukuh pembangunan modal insan di Sarawak menerusi pendidikan dan invoasi digital.
Industri umrah, haji bukan sekadar perniagaan

KUCHING, 23 Feb: Industri umrah dan haji bukan sekadar perniagaan tetapi satu amanah besar dalam memastikan perjalanan ibadah tersebut dilaksanakan dengan sempurna serta penuh keberkatan.
Pengguna TikTok jatuhkan objek berat ke atas kaki “Berisiko alami kesakitan seumur hidup”

LONDON, 23 Feb: Seorang pakar podiatri memberi amaran bahawa pengguna TikTok berisiko mengalami “kesakitan dan ketidakupayaan seumur hidup” jika meniru trend tular menjatuhkan objek berat termasuk penggoreng kering dan pembakar roti ke atas kaki mereka, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital – Vatican

ROM, 23 Feb: Paus Francis telah menghabiskan malam kelapan di hospital tanpa sebarang komplikasi lanjut selepas mengalami radang paru-paru, menurut Vatican pada pagi Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro

MELAKA, 23 Feb: Melaka FC melakar kejayaan gemilang apabila merangkul gelaran juara Liga A1 Semi Pro selepas membenam Machan FC 7-2 dalam perlawanan terakhir musim ini di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini semalam.