Ringgit ditutup mengukuh kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ringgit terus meningkat, mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu berbanding dolar AS berikutan keyakinan meningkat bahawa pentadbiran baharu di bawah Donald Trump akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar dan secara berperingkat dalam melaksanakan tarif import lebih tinggi.
Pelajar luar bandar tidak dipinggirkan dalam penguasaan STEM

KUCHING, 21 Feb: Dalam usaha mencapai sasaran Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCSD-2030), Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Sarawak terus memperkasakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan matlamat mencapai 60 peratus penyertaan pelajar dalam bidang ini.
DBP anjur simposium martabat penggunaan bahasa kebangsaan dalam perundangan

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan dalam Bidang Undang-undang pada 27 Feb ini bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor perundangan, kata Ketua Pengarahnya Dr Hazami Jahari.
旅游部探索游客喜好 推出迎合“口味”旅游产品

旅游、艺术及文化部副部长凯鲁菲道斯表示,为吸引更多外国旅客前来我国,该部认为应积极探讨推出更加迎合外国旅客喜好的旅游产品。
Kerajaan Sarawak komited sedia bekalan air bersih ke seluruh negeri menjelang 2030

KUCHING, 21 Feb: Kerajaan Sarawak komited menyediakan bekalan air bersih dan mencukupi ke seluruh negeri menjelang tahun 2030 menerusi pelaksanaan Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Sistem Grid Bekalan Air Sarawak.
Kebakaran hutan Phuket terkawal, kebimbangan kualiti udara berterusan di seluruh negara

BANGKOK, 21 Feb: Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana (DDPM) Thailand mendedahkan kebakaran hutan yang tercetus di Laem Krating, Phuket, malam tadi berjaya dipadamkan sepenuhnya, namun kejadian itu menjejaskan kualiti udara di Thailand.
TDM tahan 29 pendatang tanpa izin warga Myanmar di Kubang Pasu

ALOR SETAR, 21 Feb: Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 29 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kubang Pasu semalam.
TNB perlu tampil aksi luar biasa, THT sandar magis Faizal Saari

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ketua jurulatih skuad Tenaga Nasional Berhad (TNB) Nor Saiful Zaini Nasiruddin menyeru anak buahnya beraksi dengan lebih luar biasa dalam usaha mempertahankan Piala TNB 2025 pada aksi final menentang Terengganu Hockey Team (THT) di Stadium Hoki Nasional di sini esok.
46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD

TANGERANG, Banten (Indonesia), 21 Feb: Seorang bekas ahli undangan daerah Indramayu Jawa Barat (DPRD) adalah antara 46 mangsa pemerdagangan manusia Indonesia yang dibawa pulang ke Indonesia dari Myawaddy, Myanmar, pada petang Khamis.
Taman Negara Niah ditutup sementara

MIRI, 21 Feb: Taman Negara Niah akan ditutup sementara sehingga pertengahan Mac 2025.