Taman Perindustrian Ekonomi Biru bakal dibangunkan di Kudat – Hajiji

KOTA KINABALU, 20 Feb: Sabah memanfaatkan potensi ekonomi biru melalui penubuhan Taman Perindustrian Ekonomi Biru (BEIP) di Kudat bagi memacu ekonomi dan pembangunan negeri, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.
Dewan Rakyat: JPN kesan Kad Pengenalan palsu dijual pada harga RM5,000

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Risikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati wujud sindiket menawarkan kad pengenalan palsu ditawarkan dengan harga sekitar RM4, 000 hinggan RM5,000, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
China komited sokong Malaysia dorong kerjasama serantau buahkan lebih banyak hasil

BEIJING, 20 Feb: China menyokong Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dan komited berganding bahu dengan Malaysia untuk mendorong kerjasama serantau membuahkan lebih banyak hasil.
Pakistan perkukuh dasar pelancongan, keselamatan ubah persepsi global

ISLAMABAD, 20 Feb: Pakistan mempergiat langkah keselamatan dan memperkenalkan dasar pelancongan baharu untuk membentuk semula persepsi global dan menempatkan negara ini sebagai destinasi pelancongan yang selamat serta menarik.
Dewan Rakyat: Faktor ekonomi, gaya hidup pengaruhi penurunan kadar kesuburan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Kerajaan akan menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang bakal dilengkapi kemudahan rawatan kesuburan lengkap serta moden pada kos berpatutan.
Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada

OTTAWA, 20 Feb: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City, kawasan yang paling padat penduduk di negara itu, lapor Xinhua.
JPJ panggil semula 41,688 kenderaan untuk pemeriksaan

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.
Kerjasama TLDM, TNI-AL perkukuh keselamatan perairan selat Melaka

IPOH, 20 Feb: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) dalam memastikan keselamatan di perairan Selat Melaka menerusi Patroli Terkoordinasi (Op Patkor Malindo) Siri 167/25, bermula semalam hingga 1 Mac ini.
SAFHIS, UNIMAS bekerjasama tangani cabaran medico-perundangan

KUCHING, 20 Feb: Sarawak Foreigners Health System (SAFHIS) bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk menangani cabaran medico-perundangan menerusi program From Ethics to Evidence: Mastering Medicolegal Challenges in 2025 pada 18 Februari lalu.
Lapan sukan terpilih terima dana RM20 juta untuk pembangunan bakat – Hannah

PETALING JAYA, 20 Feb: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima peruntukan tambahan berjumlah RM20 juta untuk pembangunan lapan sukan yang berpotensi di peringkat Olimpik.