Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pemain Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari memasang impian menyaksikan pasukan itu menjulang kejuaraan Piala TNB yang bakal memulakan saingan esok sekali gus meraih penamat terindah bagi musim 2025.
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi beralih kepada rendah kemudiannya, didorong oleh sentimen berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang bercampur-campur pada Jumaat lepas.
Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS

WASHINGTON, 17 Feb: Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk seorang kanak-kanak maut hujung minggu lepas susulan banjir teruk yang dicetuskan oleh hujan lebat di beberapa bahagian Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jerman, dpa.
Kemajuan Afrika perangi malaria terjejas

ADDIS ABABA, 17 Feb: Para pegawai dan pakar kesihatan pada Ahad menggesa komitmen baharu dalam usaha Afrika menentang malaria, sambil memberi amaran bahawa kemajuan benua itu kini terancam akibat cabaran semula jadi dan buatan manusia, lapor Xinhua.
Cuaca panas: Pengurusan sekolah diingat patuh garis panduan – Wong

IPOH, 17 Feb: Pihak pengurusan dan pentadbir sekolah di seluruh negara perlu mematuhi garis panduan ditetapkan bagi menghadapi tempoh peralihan monsun dijangka bermula bulan ini.
Penang FC mahu manfaat masa ‘rehat’ sebulan perbaiki kesilapan

GEORGE TOWN, 17 Feb: Penang FC bertekad memanfaatkan sepenuhnya tempoh ‘rehat’ sebulan sebelum perlawanan seterusnya untuk memperbaiki kesilapan sekali gus mengelakkan pasukan daripada terus tercicir mata.
Anggota polis terlibat kemalangan selamatkan pemandu daripada terbakar

SHAH ALAM, 17 Feb: Tindakan pantas anggota polis yang terlibat dalam kemalangan antara sebuah kereta dan trak polis di Jalan Bukit Cherakah, Klang awal pagi tadi berjaya menyelamatkan nyawa seorang mangsa daripada terbakar.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang ASEAN berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang lebih kukuh pada suku akhir 2024, kata penganalisis.
Transformasi besar sektor bekalan air Sarawak

KUCHING, 17 Feb: Sektor bekalan air di Sarawak sedang mengalami transformasi besar, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.
Polis campur tangan antara protes bertentangan selepas serangan kereta Munich

MUNICH, 17 Feb: Polis campur tangan dalam satu tunjuk perasaan balas oleh kumpulan sayap kanan yang memberi penghormatan kepada mangsa berhampiran lokasi serangan maut rempuhan kereta di bandar Munich, selatan Jerman pada Ahad, lapor agensi berita Jerman dpa.