Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
Sesi petang sekolah tamat lebih awal sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.
Perbezaan bukan melemahkan, tetapi kekuatan negara

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa kerencaman dan kepelbagaian di Malaysia tidak seharusnya melemahkan hubungan sesama masyarakat, sebaliknya dijadikan sebagai kekuatan ke arah negara yang lebih makmur dan maju.
Salah faham punca kontraktor maut ditikam isteri

KAJANG, 17 Feb: Seorang kontraktor maut selepas ditikam beberapa kali oleh isterinya akibat perselisihan faham dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini pagi semalam.
Lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan di Gaza, angka korban hampiri 48,300

ANKARA, 17 Feb: Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan sembilan lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat perang genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,284 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Isnin.
NGO Antarabangsa bincang kebajikan veteran ATM dan pesara polis dengan Tun Wan Junaidi

KUCHING, 17 Feb: Pertimbangkan pemberian Visa K atau pemastautin tetap kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pesara polis berasal dari Semenanjung Malaysia yang berkahwin dengan warga Sarawak dan telah menetap lama di wilayah ini.
Perkukuhkan nilai perpaduan diperjuangkan Tunku Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Nilai-nilai perpaduan yang diperjuangkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj harus terus disemarakkan dan diperkukuhkan.
国油PETROS续合作 携手强化油气产业

首相拿督斯里安华表示,赋予砂石油公司开采境内天然气权益的砂拉越的2016年天然气分配条例,将于来临的3月1日起正式生效。
Cristiano Ronaldo lawat Nusa Tenggara Timur pada Selasa

KUPANG (Indonesia), 17 Feb: Bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo yang dikenali sebagai CR7, dijadualkan melawat Provinsi Nusa Tenggara Timur (NTT) Indonesia pada Selasa (18 Februari), menurut pengesahan Pemangku Gabenor NTT, Andriko Noto Susanto.
Dewan Rakyat: Kerajaan Persekutuan diminta perhalusi Dasar Pandang Ke Borneo

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Kerajaan Persekutuan dicadang supaya memperhalusi Dasar Pandang Ke Borneo demi kemajuan Malaysia secara keseluruhan.