Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2

PETALING JAYA, 16 Feb: Walaupun tempang setelah dihukum beraksi dengan 10 pemain selama lebih 80 minit, Selangor FC tetap membuktikan kehebatan mereka dengan menewaskan juara bertahan PDRM FC 3-2 pada aksi final pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini malam tadi.