SEB kesan operasi curi elektrik di Desa Senadin

MIRI, 12 Feb: Sarawak Energy Berhad (SEB), melalui syarikat operasinya Syarikat SESCO Berhad (SESCO), mengesan satu lagi kes kecurian elektrik di sini melibatkan operasi perlombongan mata wang kripto di sebuah rumah teres dua tingkat yang tidak berpenghuni di Desa Senadin dalam operasi bersama pihak polis baru-baru ini.
Kaedah pembiayaan alternatif bantu percepat pembangunan infrastruktur

KUCHING, 12 Feb: Kerajaan Sarawak terus mengorak langkah dalam mempercepatkan pembangunan infrastruktur menerusi kaedah pembiayaan alternatif, sebagai penyelesaian kepada cabaran pembiayaan konvensional yang bergantung kepada peruntukan Rancangan Malaysia.
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai

JAKARTA, 12 Feb: Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Dewan Rakyat: Kedudukan Malaysia sebagai pembekal utama minyak sawit ke Asia Tengah diperkukuh

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama yang membekalkan minyak sawit ke Asia Tengah serta memperluaskan penguasaan pasaran minyak sawit di Pakistan.
Organisasi, entiti strategik yang dikembalikan lonjak pembangunan Sarawak

KUCHING, 12 Feb: Beberapa organisasi dan entiti strategik yang telah diambil alih oleh Kerajaan Sarawak sebelum ini akan menjadi kelebihan untuk melonjakkan pembangunan di wilayah ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac

PUTRAJAYA, 12 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan Persekutuan seawal Mac ini.
Dewan Rakyat: Anggota wanita ATM tampil cemerlang, berbakti dalam misi kemanusiaan antarabangsa

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menunjukkan komitmennya dalam memberi sumbangan bermakna di peringkat antarabangsa, khususnya melalui penglibatan anggota wanita dalam misi-misi kemanusiaan dan pengaman.
Dewan Rakyat: KPM perkenal pelbagai inisiatif tangani isu keciciran, tingkat akses pendidikan

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memastikan setiap murid di negara ini menerima pendidikan yang holistik, inklusif dan berkualiti.
Dewan Rakyat: Konsep Negara Bangsa jadi fokus utama KPN bagi tahun 2025

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperkenalkan pendekatan baharu bagi tahun 2025 dengan mengangkat konsep Negara Bangsa bertemakan harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama dalam usaha merapatkan jurang sosial serta memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.
Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya sasar sifar projek sakit

KUCHING, 12 Feb: Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya memainkan peranan utama dalam menyelaras serta memperkukuh kecekapan pelaksanaan projek infrastruktur di seluruh negara.