15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan

BANGKOK, 12 Feb: Lima belas rakyat Malaysia antara 260 warga asing yang menjadi mangsa sindiket pusat panggilan di Myawaddy, Myanmar, yang dibebaskan pihak berkuasa negara itu dan dihantar ke Thailand untuk proses penghantaran pulang pada Rabu.
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM

KANGAR, 12 Feb: Sejumlah 48,000 daripada 122,062 murid Tahun Satu di negara ini yang dikenal pasti tidak boleh membaca kini berupaya membaca hasil Program Intervensi Kurikulum Kementerian Pendidikan (KPM) yang dilaksanakan Mac tahun lepas.
Kerajaan teruskan subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar Sarawak, Sabah

KUCHING, 12 Feb: Kerajaan Persekutuan akan terus menyalurkan subsidi bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sarawak dan Sabah susulan pengambilalihan operator perkhidmatan itu, MASwings Sdn Bhd, oleh kerajaan Sarawak.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menurun dengan hanya 464 mangsa masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat malam ini.
Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan

ARAU, 12 Feb: Nasib kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang cedera selepas dipercayai dipukul ibunya sehingga tersungkur dan terhantuk di bucu bangku di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi dekat sini Ahad lepas mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Peralihan MASwings kepada AirBorneo dilaksana dalam tempoh 18 bulan

KUCHING, 12 Feb: Proses penjenamaan semula AirBorneo bakal dilaksanakan termasuk mereka cipta identiti syarikat penerbangan Sarawak itu dengan mencerminkan budaya Sarawak dan Borneo.
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings

KUCHING, 12 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
Sesi “Train the Trainers” kempen keselamatan dalam talian disasarkan menjelang Aidilfitri – Fahmi

PUTRAJAYA, 12 Feb: Kementerian Komunikasi menyasarkan untuk melaksanakan beberapa siri latihan kepada jurulatih (Train the Trainers) bagi Kempen Keselamatan Dalam Talian, menjelang Aidilfitri ini, kata Menteri berkenaan Fahmi Fadzil.
Naib Yang Dipertua PBB tanggungjawab besar, ruang merangka dasar besar untuk bela nasib anak Sarawak — Dr. Annuar Rapaee

SIBU, 12 Feb: Jawatan Naib Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan satu tanggungjawab besar dan tinggi, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee.
AirBorneo: Era peralihan Sarawak kukuhkan rangkaian udara Borneo

KUCHING, 12 Feb: Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo mengorak langkah ke era baharu dengan penjenamaan semula selepas pengambilalihan MASwings yang diakui sebagai satu langkah strategik dalam mengukuhkan rangkaian udara negeri ini dan Sabah serta memacu pertumbuhan ekonomi.