Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac

MELAKA, 10 Feb: Syarikat lori yang disyaki menjadi punca kemalangan menyebabkan tujuh maut membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Dis lepas, akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 Mac.
Pencarum KWSP dijangka terima dividen lebih 5.8 peratus

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dijangka menerima lebih 5.8 peratus dividen bagi simpanan konvensional tahun lalu, menjadikannya kadar tertinggi dalam tempoh tiga tahun.
Sembilan ditahan dipercayai terbabit penipuan pekerjaan antarabangsa

MELAKA, 10 Feb: Polis Melaka menahan sembilan individu termasuk tiga warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan antarabangsa menerusi pusat panggilan.
Ancaman limfoma terhadap pesakit HIV perlu ditangani- Pakar

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Lelaki berusia 40-an ini akur dengan takdir apabila didiagnosis menghidap HIV dan kanser limfoma secara serentak.
Lima rumah, empat motosikal rosak dalam kebakaran di Manjoi

IPOH, 10 Feb: Lima buah rumah terbakar dan empat motosikal rosak teruk dalam kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussin Baru, Manjoi di sini, malam tadi.
Ecuador adakan pilihan raya umum

QUITO, 10 Feb: Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun, lapor Xinhua.
Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi

SEREMBAN, 10 Feb: Terengganu FC (TFC) kembali mendapatkan rentak kemenangan dengan meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini malam Ahad.
Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi

NEW DELHI, 9 Feb: Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.
Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Jan lepas hingga hari ini.