Badan Peguam syor semua negeri terima pakai Akta 814, perkukuh kehakiman syariah

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Badan Peguam Malaysia mengesyorkan agar semua negeri mempertimbangkan untuk menerima pakai Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 (Akta 814) yang diguna pakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai asas penyelarasan pengawalan tatalaku, etika dan prosedur pengamal syariah.

Noriani Mohamad: Kebanggaan Sarawak memimpin dan menginspirasi dalam dunia tenaga

KUCHING, 6 Feb: Dalam dunia yang sering dianggap “dikuasai golongan lelaki”, Noriani @ Yati Mohamad telah mencipta pencapaian luar biasa sebagai wanita pertama yang mengetuai PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Aset Sarawak) dengan memecahkan stereotaip, meraih kejayaan dalam kerjaya yang penuh cabaran dan memberi inspirasi kepada generasi wanita muda.

Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Orang ramai terutama bakal jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pakej visa mujamalah atau furada, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Lebih 100, 000 rayat bulih pemaik ari bantu SARA di Sarawak

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ti sebedau tu semina dipejalaika ba Semenanjung Malaysia diatu udah dikerembaika ngagai Sarawak, ke alai bantu nya udah meri pemaik ngagai 100, 000 iku raban seranta.

KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam

PUTRAJAYA, 6 Feb: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini dengan menyediakan perkhidmatan tambahan serta reruai di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves dan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Pulau Pinang.