Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
Enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir ditutup setakat 5 petang tadi

KUCHING, 6 Feb: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, antara PPS itu ialah PPS Dewan Pujut Tanjung Batu, Miri; PPS Dewan Pembangunan Daerah Sebuyau, Samarahan; dan PPS SK Tanah Putih Serian.
Bekalan LPG dikhuatiri terjejas akibat kerosakan saluran paip di Tanjung Kidurong

BINTULU, 6 Feb: Pengeluaran gas petroleum cecair (LPG) dikhuatiri terjejas ekoran kerosakan saluran paip gas di Tanjung Kidurong akibat kejadian tanah runtuh, semalam.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan

ANKARA, 6 Feb: Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 28 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat perang pembunuhan beramai-ramai Israel sejak Oktober 2023 kepada 47,583, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.
Wanita ditemukan mati di hotel bajet

KUCHING, 6 Feb: Wanita berusia lingkungan 30-an ditemukan terbaring tanpa nyawa di dalam bilik sebuah hotel bajet, di MJC Batu Kawa, di sini, hari ini.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam – Ramanan

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025

BRUSSELS, 6 Feb: Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau, lapor Agensi Berita Emirates (WAM), memetik saintis Kesatuan Eropah pada Khamis.
Kerajaan Taiwan akan beli lebih banyak vaksin influenza susulan permintaan meningkat

TAIPEI, 6 Feb: Kerajaan Taiwan akan membeli 100,000 lagi dos vaksin influenza untuk kumpulan berisiko berikutan lonjakan permintaan dalam seminggu yang lalu, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40

PASIR SALAK, 6 Feb: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tahun ini.