Imigresen serbu medan selera, tahan 58 pendatang tanpa izin

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, semalam.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu – Bomba

BINTULU, 5 Feb: Bandar Bintulu hampir pulih daripada bencana banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun, kini berdepan gelombang kedua selepas beberapa kawasan kembali dinaiki air lewat petang tadi akibat hujan lebat berterusan.
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Sarawak berkurangan

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat manakala di Sarawak menunjukkan pengurangan setakat malam ini.
Petronas, anak syarikat terus bantu mangsa banjir di Sarawak

KUCHING, 5 Feb: Sukarelawan dari Petronas dan anak syarikatnya giat membantu mangsa di Bintulu, Kuching dan Miri susulan banjir buruk yang menyebabkan ribuan penduduk di negeri ini terpaksa dipindahkan.
Malaysia, Uzbekistan perlu tingkat perdagangan, pelaburan dua hala – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Malaysia dan Uzbekistan perlu meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dalam sektor seperti teknologi makanan, pertanian, semikonduktor, tenaga hijau dan kenderaan elektrik (EV), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MICPA, SCOPE meterai MoU tingkat pembangunan profesional di Sarawak

KUCHING, 5 Feb: Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan profesional, meningkatkan tadbir urus dan menyokong pertumbuhan ekonomi di Sarawak dan Malaysia.
Program Bakti MADANI Miri 2025 ditunda berikutan banjir di Sarawak

MIRI, 5 Feb: Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Februari di Stadium Bandaraya Miri, serta Program Bakti MADANI Subis 2025 pada 8 Februari di Dewan Terbuka Sepupok, Niah, telah ditunda susulan keadaan banjir yang melanda Sarawak ketika ini.
MotoGP: ‘Martinator’ patah tangan dan kaki – Ujian Sepang

SEPANG, 5 Feb: Juara dunia MotoGP Jorge Martin telah disahkan terkeluar daripada ujian rasmi pramusim Sepang 2025 berikutan kemalangan ngeri pada hari pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Redah sungai demi salur derma kepada mangsa banjir

MIRI, 5 Feb: Dalam menghadapi bencana yang getir, sukarelawan Ahli Parlimen Belia Malaysia (PBM) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri sanggup meredah sungai menggunakan perahu bagi menghantar bantuan asas kepada mangsa banjir di Sibuti dan Sepupok selepas jalan utama terputus.
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah

GEORGE TOWN, 5 Feb: Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney di sini hari ini.