Sarawak tarik minat pelabur Amerika Syarikat

KUCHING, 3 Feb: Inisiatif ekonomi hijau Sarawak terus menarik minat pelabur antarabangsa termasuk Capricorn Investment Group yang merupakan sebuah dana pelaburan iklim terkemuka dari Amerika Syarikat.
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel

GAZA CITY, 3 Feb: Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-undang antarabangsa oleh Israel sebagai langkah penting ke arah menamatkan pendudukan rejim Zionis, lapor Agensi Anadolu.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan ‘pulau’ dikelilingi air hampir sebulan

BINTULU, 3 Feb: Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kira-kira dua jam perjalanan melalui sungai dari pekan Tatau di sini, kini seakan pulau kecil yang terasing akibat banjir.
Naib Gabenor Rusia terbunuh dalam operasi di Kursk

VLADIVOSTOK, 3 Feb: Naib Gabenor Wilayah Primorye, Rusia Sergei Efremov terbunuh ketika dalam perjalanan pulang daripada satu misi tempur, kata Gabenor wilayah itu Oleg Kozhemyako pada Ahad, lapor Xinhua.
Penuntut cemerlang bidang perakaunan maut dalam nahas enam kenderaan

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Seorang penuntut cemerlang bidang perakaunan yang pernah mendapat tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Program Asas Perakaunan (FIA) Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, petang semalam.
MS umum pengganti Bryan tidak lama lagi – Andy

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Persekutuan Renang Malaysia (MS) sudah mempunyai calon bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah Teknikal skuad terjun kebangsaan yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine

WASHINGTON, 3 Feb: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan “pertemuan dan perbincangan” dengan Rusia dan Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Kanada umum senarai pertama “perang tarif” terhadap AS

OTTAWA, 3 Feb: Kerajaan persekutuan Kanada pada Ahad mengumumkan senarai penuh barangan yang akan dikenakan tarif atau cukai import bernilai C$30 bilion (kira-kira US$21 bilion) dari Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.
Agong sambut baik usaha kerajaan tingkat pelaburan asing berkaitan teknologi, digital

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyambut baik usaha kerajaan bagi meningkatkan pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi dan digital.
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah meningkat

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.