Banjir Bintulu: Kawasan perindustrian terjejas, beberapa syarikat henti operasi sementara

KUCHING, 29 Jan: Bencana banjir yang melanda Bintulu ketika ini semakin membimbangkan hingga beberapa buah syarikat di kawasan perindustrian terpaksa menghentikan pengoperasian, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Tanah runtuh Miri: Abang Johari berdukacita, turut simpati terhadap mangsa tragedi

KUCHING, 29 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut berdukacita dan meluahkan rasa simpati terhadap mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit, Miri pada awal pagi Rabu.
Abang Johari arah JPBNS pantau kawasan berisiko tanah runtuh di Miri

KUCHING, 29 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk memantau kawasan berisiko mengalami tanah runtuh, terutama membabitkan kawasan lereng bukit di Miri.
NGO di Miri giat bantu mangsa banjir, tanah runtuh di PPS

MIRI, 29 Jan: Inisiatif mendapatkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir serta tanah runtuh di Bandaraya ini dipergiatkan oleh pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini.
Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi dukung hasrat Anwar bantu bangun Gaza akan dibentuk

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza.
Banjir: Mangsa di Kampung 1Malaysia Miri rayu bantuan segera

MIRI, 29 Jan: Mangsa banjir di Kampung 1Malaysia di Jalan Miri Bypass di sini merayu agar bantuan disalurkan kepada mereka dengan kadar segera.
Tempoh hujan lebat di Sarawak bergantung keadaan semasa – MetMalaysia

KUCHING, 28 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Sarawak menjangkakan hujan lebat berterusan di negeri ini akan berakhir pada 31 Januari, namun tempoh sebenar masih bergantung kepada keadaan semasa, kata Pengarah Meteorologi Sarawak, Khairul Najib.
TBC: Abang Johari berkunjung ke kediaman George Chan

KUCHING, 29 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, meneruskan kunjungan sempena Tahun Baru Cina ke kediaman mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, di sini pada Rabu.
Gempa bumi lemah dikesan di Ranau – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 3.16 petang tadi.
Banjir Bintulu: Semua pihak perlu bersatu membantu mangsa – Tiong King Sing

BINTULU, 29 Jan: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyeru semua pihak untuk bersatu padu dalam membantu mangsa banjir yang terjejas di sini.