Cuti Tahun Baru Cina jejaskan niaga hadapan emas

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas perdagangan menjadi lemah menjelang cuti Tahun Baru Cina, walaupun pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pergerakan bermomentum positif di Amerika Syarikat, menurut seorang penganalisis.