Israk Mikraj: Umat Islam diseru pupuk semangat kerja lebih kuat – Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Umat Islam di negara ini diseru membugarkan pengalaman unik yang dialami Nabi Muhamad SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj dengan memupuk semangat bekerja lebih kuat dan berdisiplin bagi mencapai “itqan fil amal” serta teguh terhadap pengabdian penuh kepada Allah SWT.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb – KPM

PUTRAJAYA, 27 Jan: Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 akan berlangsung pada 3 hingga 6 dan 10, 12 serta 13 Feb ini melibatkan 4,507 calon berdaftar.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Situasi banjir di Tatau, Sarawak tidak berubah

KUCHING, 27 Jan: Situasi banjir di daerah Tatau, Sarawak pagi ini belum menunjukkan sebarang perubahan dengan pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Steven masih menempatkan 34 mangsa daripada 13 keluarga.
Projek jalan berkembang Bau – Lundu berjalan lancar

BAU, 27 Jan: Projek menaik taraf jalan berkembar dari simpang Bau-Lundu fasa satu mencapai kemajuan 90 peratus perolehan tanah.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya “phone scam”

KUALA TERENGGANU, 27 Jan: Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau “phone scam” yang menyamar sebagai pegawai polis.
Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan

MANJUNG, 27 Jan: Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini malam tadi.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody’s terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia, kata penganalisis.
Jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung PBB

KUCHING, 27 Jan: Jawatan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang disandang Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dikekalkan tanpa dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung PBB yang akan berlangsung Februari depan.