Malaysia negara pertama bolehkan syarikat telekomunikasi laksana 6-Way MOCN, tingkat capaian internet

KUALA PILAH, 27 Jan: Malaysia merupakan negara pertama membolehkan syarikat telekomunikasi berkerjasama melaksanakan 6-Way Multi Operator Core Network (6-Way MOCN), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kepengerusian ASEAN: Fahmi harap laporan media Malaysia sampai kepada semua media ASEAN

KUALA PILAH, 27 Jan: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap laporan media Malaysia sepanjang Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dapat sampai kepada semua organisasi media ASEAN.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Tatau tidak berubah

KUCHING, 27 Jan: Seramai 34 mangsa banjir daripada 13 keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau, Sarawak, kerana keadaan bencana itu masih belum membolehkan mereka kembali ke kediaman masing-masing.
Trump tegas kenakan tarif 25 peratus ke atas Mexico, Kanada

MOSCOW, 27 Jan: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal bertegas untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada bermula 1 Feb, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti yang memetik The Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin.
Tahun Baharu Cina: JBPM Kelantan kenal pasti 19 lokasi kerap kemalangan

KOTA BHARU, 27 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 19 lokasi berisiko berlaku kemalangan jalan raya ketika cuti Tahun Baharu Cina ini.
Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang

KOTA TINGGI, 27 Jan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang semasa mahu mengambil selipar di Taman Kota Jaya di sini, petang tadi.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini.
Bekas atlet memanah paralimpik negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Arena sukan negara berduka dengan berita bekas pemanah paralimpik Mejar Yuhaizam Yahya yang meninggal dunia semalam.
Bank Rakyat santuni pelajar sekolah menerusi Program Back to School 4.0

KUCHING, 27 Jan: Seramai 1,000 pelajar dari beberapa buah sekolah sekitar bandaraya Kuching hari ini menerima bantuan dan sumbangan menerusi Program Back to School 4.0 anjuran Bank Rakyat.
Hab PMKS, studio TikTok TEKUN bakal dibangunkan di Sarawak

KUCHING, 27 Jan: Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan studio TikTok TEKUN merupakan antara inisiatif yang diperluas ke Sabah dan Sarawak di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya.