Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan

IPOH, 21 Jan: Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Kilometer (KM) 199 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Sitiawan, malam tadi.
Abu Dhabi dinobatkan bandar paling selamat di dunia untuk tahun ke-9 berturut-turut

ABU DHABI, 21 Jan: Abu Dhabi menduduki tempat pertama dalam senarai bandar raya paling selamat di dunia bagi 2025, berada di ranking itu bagi tahun kesembilan berturut-turut sejak 2017, menurut pangkalan data dalam talian Numbeo, mencerminkan usaha Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam merangka pelan, strategi dan inisiatif keselamatan yang unggul.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi – Erdogan

ISTANBUL, 21 Jan: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, selepas beliau kembali ke Rumah Putih.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau

BRUSSELS, 21 Jan: Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui pembiayaan iklim yang lebih tinggi, pelaburan hijau, bantuan teknikal, dan inisiatif pembinaan kapasiti.
Trump angkat sumpah untuk penggal kedua, AS bersiap hadapi perubahan besar

WASHINGTON, 21 Jan Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden pada Isnin, menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang dijangka memberi kesan mendalam kepada masyarakat Amerika dan dunia, lapor Agensi Anadolu (AA).
Trump hentikan aplikasi janji temu migran pada hari pertama pegang jawatan

WASHINGTON, 21 Jan: Pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump pada Isnin menghentikan operasi sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan migran membuat janji temu di sempadan AS-Mexico, lapor Agensi Anadolu (AA).
Malaysia, Belgium, EU sambut baik gencatan senjata di Gaza – Anwar

BRUGES, 21 Jan: Malaysia, Belgium dan Kesatuan Eropah (EU) menyambut baik gencatan senjata di Gaza dan berharap Israel dapat mengekalkan keamanan.
Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu dalam ucapan sulung

WASHINGTON, 21 Jan: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam ucapan sulungnya pada Isnin, mengumumkan darurat kebangsaan di sempadan selatan dan memperkenalkan dasar rasmi yang mengiktiraf hanya dua jantina.