Perhilitan terima aduan kehadiran ‘Pak Belang’ di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan

IPOH, 19 Jan: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini, Jumaat lepas.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak hingga esok

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.
Bayi perempuan ditemukan di hadapan rumah di Simpang Empat

KANGAR, 19 Jan: Seorang bayi perempuan dibaluti tuala dan diletakkan dalam beg plastik beralaskan kain pelikat ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat sini pagi ini.
Skuad Speedy Tigers perlu pamer ‘hasil terbaik’ tahun ini – Mirnawan

PUTRAJAYA, 19 Jan: Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan ‘hasil terbaik’ menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini, kata legenda hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi.
Banjir kilat: Penduduk mohon bantuan bomba pindah ke tempat selamat

MUKAH, 19 Jan: Empat penduduk di Skim Penempatan Semula Kuala Lama Mukah meminta bantuan pihak bomba untuk memindahkan mereka ke rumah anak masing-masing yang terletak di kawasan perumahan berdekatan, selepas dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat awal pagi ini.
Pertandingan kaligrafi Cina tarik minat generasi muda

MIRI, 19 Jan: Penganjuran pertandingan kaligrafi tradisional Cina dilihat sebagai langkah penting dalam memartabatkan seni warisan tersebut dan menarik minat generasi muda terhadap kebudayaan Cina.
Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir

NEW DELHI, 18 Jan: Kerajaan persekutuan India pada Sabtu mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India, kata pegawai.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir

ISTANBUL, 19 Jan: Presiden Lubnan Joseph Aoun pada Sabtu menegaskan komitmen negaranya terhadap pengunduran Israel dari wilayah selatan yang diduduki dalam tempoh ditetapkan oleh perjanjian gencatan senjata yang akan tamat dalam masa tujuh hari, lapor Agensi Anadolu (AA).
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah

ALOR SETAR, 19 Jan: Rumah kayu tradisional yang terletak di Dataran Medan Bandar di sini, bakal menjadi tarikan pelancongan baharu dalam usaha untuk terus merancakkan lagi program ‘Mai Singgah Alor Setar Lagi’ bersempena Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025).
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 orang pagi ini

KOTA KINABALU, 19 Jan: Jumlah mangsa banjir di SABAH kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.