Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan disokong operasi BNM

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan susulan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Bomba Marudi pantau kawasan risiko banjir

MARUDI, 18 Jan: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir di sini pada Jumaat.
Anwar adakan lawatan kerja dua hari ke Belgium

BRUSSELS, 18 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Belgium bermula Ahad, selepas selesai lawatan kerjanya ke United Kingdom.
Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar

LONDON, 18 Jan: Rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah Agung sahkan undang-undang pengharaman TikTok di Amerika Syarikat

HOUSTON (Amerika Syarikat), 17 Jan: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS)pada Jumaat mengesahkan undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan TikTok di negara ini melainkan syarikat induknya yang berpangkalan di China, ByteDance, melupuskan kepentingannya dalam aplikasi media sosial popular yang digunakan hampir 200 juta rakyat Amerika, lapor Agensi Anadolu.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final

KUALA NERUS, 18 Jan: Penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih bekalan selesa apabila membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam tadi.
TikTok harus kekal boleh diakses rakyat Amerika – Rumah Putih

WASHINGTON, 17 Jan: Rumah Putih pada Jumaat menyatakan bahawa TikTok harus kekal boleh diakses rakyat Amerika Syarikat, tetapi waktu pelaksanaan keputusan Mahkamah Agung mengenai undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu kini menjadi tanggungjawab pentadbiran Donald Trump.
Malaysia akan bantu pembinaan semula Gaza – PM Anwar

LONDON, 18 Jan: Malaysia, yang telah sekian lama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin, akan membantu dalam pembinaan semula Gaza.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India

NEW DELHI, 18 Jan: Sekurang-kurangnya tujuh orang, kebanyakannya penonton, maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.