Polis Marin rampas mercun bernilai RM21.5 juta dalam Op Taring – Pensura di Lawas

LAWAS, 18 Jan: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Limbang berjaya merampas pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM21.5 juta daripada sebuah kapal kargo di Dermaga Lawas, 12 Januari lalu.
Bayaran tunggakan kenaikan gaji pekerja bank akan dikreditkan mulai 22 Januari ini

KUCHING, 18 Jan: Bayaran tunggakan kenaikan gaji bagi pekerja bank untuk tempoh 12 bulan mulai bulan Januari hingga Disember 2024 akan mula dikreditkan pada 22 Januari ini.
PBB tunjang kekuatan masyarakat di Sarawak

MIRI, 18 Jan: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) menjadi tunjang kekuatan dan ejen perubahan masyarakat di Sarawak, kata Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia – Maritim Malaysia

MELAKA, 18 Jan: Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan di sini sejak Rabu lepas diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Sarawak bersiap siaga jadi destinasi sukan bertaraf antarabangsa

KUCHING, 18 Jan: Sarawak berhasrat untuk menjadi destinasi sukan bertaraf antarabangsa dengan penganjuran sukan ternama seperti Sukan Asia Tenggara (SEA Games) 2027 di sini.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi

KLANG, 18 Jan: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM dan mampu membawa skuad Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena TBC

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan memaklumkan larangan itu akan dikuatkuasakan pada 27 dan 28 Jan (sebelum perayaan) serta pada 1 dan 2 Feb (selepas perayaan), mengambil kira peningkatan trafik ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan bergerak pulang ke kampung halaman.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan – Kementerian Luar Brazil

BUENOS AIRES, 18 Jan: Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes pukul OKU

CHUKAI, 18 Jan: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pagi semalam.
Kenaikan caj PPUM: Fahmi sasar kumpul dana RM5 juta bantu kurangkan beban pesakit

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mensasarkan untuk mengumpul RM5 juta pada tahun ini menerusi pelancaran satu tabung dana bertujuan membantu meringankan beban mereka yang terkesan susulan kenaikan caj oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).