PGA Sarawak tumpaskan kegiatan pembalakan haram di Julau

KUCHING, 14 Jan: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menumpaskan kegiatan pembalakan haram di daerah Julau, kira-kira 390 kilometer dari sini semalam dan merampas 154 batang balak serta pelbagai peralatan bernilai lebih RM3 juta.