Selangor atasi KL City 1-0 di MBPJ

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Selangor FC mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua liga.
Kenderaan masuk laluan bertentangan punca enam maut di Semporna

SEMPORNA, 13 Jan: Kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Jalan Semporna-Tawau di sini semalam berpunca akibat kereta dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan, kata Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol.
PM Anwar tiba di UAE untuk lawatan kerja tiga hari

ABU DHABI, 13 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini Ahad untuk lawatan kerja tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), antara lain bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di sini serta meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura

SINGAPURA, 13 Jan: Kesemua lapan anak kapal tangki Silver Sincere yang berdaftar di Malaysia telah diselamatkan oleh kapal kargo berdaftar Indonesia Intan Daya 368, selepas ia karam di perairan wilayah Singapura berhampiran Pedra Branca pada Ahad.
Guardiola sahkan Walker dibenar tinggalkan Man City

LONDON, 13 Jan: Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola mengesahkan bahawa pemain pertahanan veteran England, Kyle Walker, telah meminta untuk berhijrah ke luar negara dan kelab itu akan membenarkan pemergiannya meskipun pemain itu masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan, lapor Xinhua.
Pelajar SPM dihantar ke sekolah guna lori APM akibat banjir

SIBU, 13 Jan: Tujuh pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihantar ke sekolah menggunakan lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berikutan jalan ke sekolah dinaiki air hari ini.
Jerman komited tambah bantuan kemanusiaan US$51 juta untuk Syria

RIYADH, 13 Jan: Jerman akan menyediakan tambahan €50 juta (US$51 juta) sebagai bantuan kemanusiaan kepada Syria, kata Menteri Luar Annalena Baerbock pada Ahad di luar persidangan antarabangsa di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, lapor agensi berita Jerman dpa.
Kecemerlangan kepimpinan Abang Johari selama lapan tahun mengubah identiti dan pembangunan Sarawak

KUCHING, 13 Jan: Kecemerlangan lapan tahun kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, disimpulkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, menerusi lima perkara utama.