Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025

JAKARTA, 13 Jan: Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi, lapor agensi berita ANTARA.
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas – Teo

BERA, 13 Jan: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Skuad boling lelaki, wanita negara mara ke separuh akhir Piala Dunia 2025

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong hari ini.
Anwar bertemu pengurus tertinggi Dana Kekayaan Berdaulat UAE

ABU DHABI, 13 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan hari kedua beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengadakan pertemuan bersama tiga pengurus tertinggi Dana Kekayaan Berdaulat UAE di sini.
Jumlah import eksport komoditi China 2024 meningkat 5 peratus tahun ke tahun

BEIJING 13 Jan: Jumlah import eksport komoditi China menyaksikan peningkatan lima peratus pada 2024 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dengan mencecah RMB43.85 trilion (RM26.98 trilion) yang merupakan rekod baharu dalam sejarah.
Imigresen Kelantan tahan sembilan pendatang asing

KOTA BHARU, 13 Jan: Jabatan Imigresen Kelantan menahan sembilan pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini Jumaat lepas.
Perdagangan borong, runcit naik 4.7 peratus pada November dengan jualan RM149.3 bilion

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Jumlah jualan sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 4.7 peratus tahun ke tahun untuk mencapai nilai jualan sebanyak RM149.3 bilion pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
UNA, MWL tandatangan memorandum tingkat kesedaran hak kanak-kanak perempuan

ISLAMABAD, 13 Jan: Kesatuan Agensi Berita Pertubuhan Kerjasama Islam (UNA) dan Liga Dunia Islam (MWL) telah menandatangani memorandum kerjasama pada Ahad, bertujuan melancarkan kempen media bagi meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan, lapor UNA.
Banjir Kanowit: 38 penduduk dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara

KUCHING, 13 Jan: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Kanowit bagi menempatkan penduduk yang terpaksa berpindah setelah kediaman mereka dinaiki air.
Perjanjian pengambilalihan MASwings selesai sebelum bulan puasa

KUCHING, 13 Jan: Rundingan antara Kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) selesai dan majlis menandatangani perjanjian jual beli dijangka pada Februari depan.