Ahli parlimen UK desak pengusiran duta Israel

LONDON, 8 Jan: Seorang ahli parlimen Britain telah menggesa pengasingan ekonomi dan ketenteraan terhadap Israel untuk mencapai “beberapa bentuk penyelesaian melalui rundingan” serta mencadangkan supaya duta Israel ke United Kingdom (UK) diusir, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

SHAH ALAM, 9 Jan: Seorang kontraktor syarikat swasta kerugian lebih RM5.9 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.
Letupan gegarkan depot peluru di Cuba, 13 anggota tentera hilang

MOSCOW, 9 Jan: Beberapa letupan telah memusnahkan depot senjata dan peluru di tenggara Cuba, menurut Kementerian Angkatan Bersenjata Revolusi negara pulau Caribbean itu pada Rabu. Seramai 13 anggota tentera dilaporkan hilang, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari

ISTANBUL, 9 Jan: Seorang pendaki yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemukan hidup pada Rabu semasa operasi pencarian oleh pihak berkuasa di Australia, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik ABC News.
Suspek bunuh bekas ahli parlimen Kemboja di Bangkok, ditahan di Kemboja

PHNOM PENH, 9 Jan: Polis Nasional Kemboja pada Rabu mengesahkan bahawa seorang suspek yang menembak mati bekas ahli parlimen pembangkang Kemboja di Bangkok, Thailand, pada Selasa, ditahan di wilayah Battambang, barat laut Kemboja, lapor Xinhua.