Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025

SINGAPURA, 9 Jan: Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral

IPOH, 9 Jan: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa pendakwaan terhadap pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang dituduh membunuh pelajar 17 tahun pada 18 Dis 2023, dilakukan tanpa penyediaan laporan kimia, bedah siasat dan laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Kebakaran hutan Selatan California: Anwar zahir ucapan takziah

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.
Lee bersaudara kecewakan Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun, Yew Sin-Ee Yi cemerlang

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Perjalanan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berakhir dengan kekecewaan pada Terbuka Malaysia 2025 apabila mereka disingkirkan oleh pasangan kembar Taiwan Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen pada pusingan kedua di sini hari ini.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian

PUTRAJAYA, 9 Jan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri sebagai perintis pengintegrasian teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengoperasian.
Cederakan dua pereka fesyen, polis reman seorang jurugambar

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Polis mereman seorang lelaki tempatan selepas disyaki menyerang sehingga mendatangkan kecederaan ke atas dua pereka fesyen di sebuah hotel di Petaling Jaya malam semalam.
87 peratus responden termasuk ibu bapa setuju PLKN dilanjutkan – Johari

KULAI, 9 Jan: Sejumlah 87 peratus individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk ibu bapa bersetuju pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilanjutkan.
Pendirian neutral ASEAN faktor penting serlah kepengerusian Malaysia – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketegasan pendirian neutral dan berkecuali ASEAN dalam era pemisahan Amerika Syarikat-China serta deglobalisasi, menjadi faktor penting yang mampu “menyelamatkan” kebanyakan rantaian bekalan dunia yang kritikal.
Konsert ambang tahun baharu: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Seorang daripada individu yang sebelum ini dilaporkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disyaki akibat pengambilan dadah selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya telah pun dirakamkan keterangan semalam.
Pelan baharu perkukuh sistem pendidikan, penuhi keperluan masa depan – Fadhlina

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pelan pendidikan yang baharu dan dirangka untuk memperkukuh lagi sistem pendidikan selaras dengan keperluan masa depan dijangka dilaksanakan pada 2026, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.