Ringgit mendatar berbanding dolar AS ketika dibuka

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun lebih tinggi berbanding mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu susulan permintaan meningkat terhadap dolar apabila data utama ekonomi AS dikeluarkan semalam, kata penganalisis.
Indonesia hantar 27 doktor untuk latihan kardiologi di luar negara

JAKARTA, 8 Jan: Kerajaan Indonesia merancang untuk menghantar 25 doktor ke China dan dua doktor ke Jepun bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam merawat penyakit kardiovaskular, yang menjadi penyebab utama kematian di negara ini, lapor Xinhua.
Gempa bumi bermagnitud 6.8 di Xizang, China ragut 126 nyawa, cederakan 188 orang

LHASA, 8 Jan: Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa, susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda Daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pada pagi Selasa, lapor Xinhua.
Mahkamah Korea Selatan lanjutkan waran untuk tahan Yoon

SEOUL, 8 Jan: Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Selasa meluluskan lanjutan waran penahanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol yang berhadapan proses pendakwaan susulan tindakan singkat beliau menguatkuasakan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap.
Peningkatan jangkitan pernafasan di China masih dalam julat biasa musim sejuk

GENEVA, 8 Jan: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menjelaskan bahawa peningkatan penularan virus pernafasan, khususnya “human metapneumovirus” (hMPV) di China, adalah sejajar dengan corak biasa musim sejuk, tanpa sebarang pengisytiharan kecemasan meskipun perkara itu mendapat perhatian ramai, lapor Agensi Anadolu (AA).