Rasuah pemeriksaan kenderaan berat: 13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Sebanyak 13 lagi pegawai pemeriksa kenderaan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di ibu negara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat.

PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KKM Miri efisen kuat kuasa pematuhan larangan merokok

MIRI, 8 Jan: Pemantauan bagi penguatkuasaan larangan merokok yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bahagian Miri di premis-premis makanan di sekitar Bandaraya ini diyakini meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan masyarakat di sini.

Presiden Yoon akan hadir perbicaraan jika didakwa atau waran tangkap dikeluarkan

SEOUL, 8 Jan: Seorang peguam kepada Presiden Yoon Suk Yeol pada Rabu berkata presiden itu bersedia menghadiri perbicaraan sekiranya beliau didakwa atau waran tangkap dikeluarkan, sehari selepas mahkamah melanjutkan tempoh waran untuk menahan Yoon susulan pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat, lapor agensi berita Yonhap.

Meta dijangka terima lesen beroperasi tidak lama lagi – Fahmi

PUTRAJAYA, 8 Jan: Meta Platforms Inc (Meta) menjadi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial keempat dijangka menerima lesen untuk beroperasi di Malaysia tidak lama lagi, selepas Tencent (WeChat), ByteDance (TikTok) dan Telegram.