PM Kanada umum letak jawatan Ketua Parti

HAMILTON (Kanada), 7 Jan: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Parti Liberal pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan ‘penyelarasan betul’ – Azerbaijan

ISTANBUL, 7 Jan: Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu, kata Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).
China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029

BEIJING, 7 Jan: China menyasarkan untuk menyiapkan struktur utama sebuah prasarana data nasional menjelang 2029, menurut perancang ekonomi tertinggi negara itu, lapor Xinhua.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh

MEXICO CITY, 7 Jan: Kerajaan Brazil, yang mengambil alih jawatan Pengerusi BRICS pada 1 Jan, mengumumkan kemasukan Indonesia ke dalam organisasi itu sebagai anggota penuh, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik kenyataan Kementerian Luar Brazil pada Isnin.
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024

BERLIN, 7 Jan: Jumlah kematian akibat nahas udara global meningkat mendadak pada 2024, dengan 334 orang terkorban dalam kemalangan melibatkan penerbangan awam, lapor media Jerman pada Isnin, memetik data awal yang dikeluarkan oleh Persatuan Penerbangan Jerman (BDL).