Disyaki terima rasuah RM50,000, penjawat awam direman lima hari

KUALA TERENGGANU, 6 Jan: Seorang penjawat awam direman lima hari kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM50,000 sebagai balasan menyokong dan memperakukan dokumen tuntutan bayaran bagi lima projek di sebuah universiti awam di negeri ini.