UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan

BEIRUT, 5 Jan: Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam tindakan tentera Israel memusnahkan menara pemerhati tentera Lubnan serta mengalihkan tong biru yang menandakan garisan pengunduran antara Lubnan dan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).

Peluang cungkil bakat baharu muaythai di luar bandar

SARIKEI, 5 Jan: Hampir 100 peserta yang mewakili kelab dari Kuching, Kota Samarahan, Miri, Bintulu, Bau dan Kalimantan Barat mengesahkan penyertaan pada Cabaran Muaythai P.206 Tanjong Manis yang diadakan buat julung kalinya.

ATM sahkan insiden kekecohan di Wisma Transit libatkan warga Palestin

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam, seperti yang tular di media sosial berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

Penggemar kopi telan ‘pahit’ lonjakan harga, kekurangan bekalan global

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Kalangan penggemar kopi yang sememangnya membayar mahal untuk menikmati minuman kegemaran susulan lonjakan harga biji kopi, kini perlu terus menelan ‘kepahitan’ itu dengan memilih alternatif berpatutan seperti membancuh sendiri atau mengehadkan pengambilan minuman berkenaan.

Bintang lari pecut AS, Kerley ditahan polis

NEW YORK, 5 Jan: Juara dunia tiga kali acara pecut, Fred Kerley, direnjat dengan senjata taser dan ditahan selepas terlibat dalam konfrontasi dengan pihak polis di Miami Beach, lapor media Amerika Syarikat lewat Jumaat, memetik agensi berita Jerman dpa.