Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik

IPOH, 5 Jan: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik, di sini hari ini.
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat

IPOH, 5 Jan: Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria

KAHERAH, 5 Jan: Menteri Luar Mesir Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Tiga konvoi bantuan UAE tiba di Gaza dalam operasi Chivalrous Knight 3

GAZA, 5 Jan: Tiga konvoi bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki Semenanjung Gaza minggu ini melalui Pintu Sempadan Rafah di Mesir.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun

TOKYO, 5 Jan: Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad, mencatatkan harga kedua tertinggi dalam rekod dan menyemarakkan harapan pemulihan ekonomi berterusan di Jepun, lapor Agensi Berita Kyodo.
Filem ‘Dongeng Sang Kancil’ mampu bersaing di peringkat antarabangsa – Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les’ Copaque bertajuk ‘Dongeng Sang Kancil’ mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Gujarat, 3 terbunuh

NEW DELHI, 5 Jan: Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai India terhempas pada Ahad di negeri Gujarat, barat India, mengorbankan semua tiga kru termasuk dua juruterbang, menurut polis, lapor Xinhua.
Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga malam ini.

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.
Rizab tukaran asing Bangladesh melebihi US$21 bilion pada akhir Disember

DHAKA, 5 Jan: Selepas mengalami penurunan berpanjangan, rizab tukaran asing Bangladesh meningkat kepada lebih US$21 bilion pada akhir Disember 2024, lapor Xinhua yang memetik data terkini bank pusat.
Pengambilalihan MASwings termasuk pengendalian darat di semua lapangan terbang

KUCHING, 5 Jan: Proses pengambilalihan MASwings Sdn Bhd (MASwings) yang sedang diusahakan Kerajaan Sarawak bukan sahaja membabitkan operasi syarikat penerbangan itu namun termasuk pengendalian darat di semua lapangan terbang di wilayah ini.