MCMC turunkan 63,652 kandungan berunsurkan penipuan di media sosial – Teo

KULAI, 4 Jan: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan sebanyak 63,652 kandungan berunsurkan penipuan dalam media sosial tahun lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah

QUITO, 4 Jan: Presiden Ecuador Daniel Noboa pada Jumaat mengisytiharkan darurat selama 60 hari di tujuh wilayah dan tiga majlis perbandaran susulan ketegangan dalaman yang semakin meningkat serta konflik bersenjata, lapor Xinhua.
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Seorang buruh binaan warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong pada 31 Dis lepas.
Antonsen simpati dengan Zii Jia

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Juara bertahan, Anders Antonsen dari Denmark yang bermotivasi untuk mempertahankan gelarannya pada edisi 2025 meluahkan rasa simpati terhadap Lee Zii Jia yang terpaksa menarik diri daripada Terbuka Malaysia pada 7 hingga 12 Jan ini.
Waspada laman web palsu MDAC – Imigresen

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Jabatan Imigresen menasihati pelancong asing agar berwaspada dengan laman web palsu membabitkan urusan pendaftaran Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC).
Kira-kira 6,000 banduan dibebaskan sempena Hari Kemerdekaan Myanmar

YANGON, 4 Jan: Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Sabtu mengumumkan kira-kira 6,000 banduan dibebaskan bersempena sambutan ulang tahun ke-77 Hari Kemerdekaan negara itu, menurut perintah rasmi majlis itu, lapor Xinhua.
Hakim New York tetapkan tarikh jatuh hukum terhadap Trump dalam kes wang sogokan

NEW YORK, 4 Jan: Hakim New York Juan Merchan yang mengendalikan kes berkaitan wang sogokan bekas Presiden Donald Trump, memaklumkan ketetapan menjatuhkan hukuman bagi kes itu adalah pada 10 Jan.
TM anjur lima kejohanan Asia di Sarawak pada 2025

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Taekwondo Malaysia (TM) hari ini mengumumkan Sarawak bakal menjadi tuan rumah untuk lima kejohanan taekwondo peringkat Asia yang berlangsung pada 25 hingga 31 Julai tahun ini.
Kemboja: Musim penyediaan pes “prahok” kembali pada Januari

PHNOM PENH, 4 Jan: Musim yang dinantikan ramai untuk menyediakan hidangan tradisional terkenal Kemboja, “prahok,” kembali tiba beberapa hari selepas sambutan Tahun Baharu.
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 petang ini

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di ibu negara dan Labuan, serta beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah hingga 5 petang ini.