Sarawak sambut 2025 dengan harapan dan keazaman baharu

KUCHING, 31 Dis: Ketika melangkah ke tahun baharu 2025, semangat optimis dan kesatuan rakyat terus menjadi pemacu utama dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah dan gemilang bagi Sarawak.
Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin – MKI

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Umat Islam wajib membela serta mempertahankan rakyat dan Palestin daripada segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penjajahan rejim Zionis Israel.
Insiden tembakan dalam video tular bukan di Sibu

SIBU, 31 Dis: Polis menafikan dakwaan bahawa video kejadian tembakan di kedai makan yang tular sejak semalam berlaku di Sibu.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025.
2024 pembuka agenda pembaharuan nasional bagi Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tahun 2024 yang akan ditinggalkan bakal dikenang dalam sejarah sebagai mukadimah dan pembuka kepada agenda pembaharuan nasional di negara ini.
2025: Tugas besar buat Malaysia pimpin ASEAN

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Tugas besar menanti Malaysia pada tahun 2025 apabila bakal memulakan tanggungjawab memimpin rantau Asia Tenggara selaku Pengerusi ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.
2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bintulu Port dapat lanjutan operasi 12 bulan menerusi perjanjian interim ketiga

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd, telah memeterai perjanjian interim (IA) ketiga dengan Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) bagi lanjutan operasi selama 12 bulan di Pelabuhan Bintulu.
Jalan Masjid India dibuka sepenuhnya kepada orang awam – Datuk Bandar

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Jalan Masjid India di sini yang terlibat dengan insiden tanah jerlus Ogos lepas, dibuka sepenuhnya kepada orang awam hari ini.