Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di beberapa negeri sehingga 5 petang

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 5 petang ini.
Jafri Sulaiman Panglima 9 Briged baharu

SIBU, 27 Dis: Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abd Aziz menyaksikan acara serah terima tugas antara Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun dan Brigedier Jeneral Jafri Sulaiman selaku Panglima 9 Bgd Ke-28, hari ini.
Teater Muzikal Sudirmania buka tirai malam ini

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Teater Muzikal Sudirmania yang mula membuka tirainya malam ini hingga 29 Disember 2024 bakal menghidangkan sebanyak 17 buah lagu Allahyarhman Dato’ Sudirman Haji Arshad di Panggung Bandaraya (DBKL), Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Hormati undang-undang Malaysia, platform media sosial digesa mohon lesen

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Kementerian Komunikasi meminta perkhidmatan media sosial dan pesanan internet supaya menghormati undang-undang Malaysia dengan mematuhi segala peraturan ditetapkan bagi membolehkan mereka beroperasi di negara ini.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Polis tahan wanita bakar motosikal

TAIPING, 27 Dis: Polis menahan wanita yang bertindak membakar sebuah motosikal di Jalan Masjid Pokok Assam di sini pada Khamis.
Keunikan cita rasa peminat minyak wangi “busuk”

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Pengguna minyak wangi selalunya memilih haruman yang memikat dan menyenangkan, namun bagi jejaka ini, dia lebih tertarik kepada aroma yang bagi kebanyakan orang berbau “busuk”.
Warga emas jatuh sungai di Lundu dijumpai lemas

LUNDU, 27 Dis: Warga emas yang jatuh sungai ketika melakukan kerja-kerja mengemas bot di jeti Kampung Kelaoh di sini pada Rabu dijumpai lemas hari ini.
Moscow isytihar darurat akibat tumpahan minyak di Laut Hitam

MOSCOW, 27 Dis: Rusia mengisytiharkan darurat berikutan tumpahan minyak di Laut Hitam akibat kemalangan kapal tangki, lapor agensi berita Jerman dpa.
Kejayaan atlet silat Sarawak noktahkan penantian Malaysia menangi kejohanan dunia

KUCHING, 27 Dis: Kejayaan dua atlet silat Sarawak, Abdul Latif Maxzakir dan Ummi Mashitah Hassan pada Kejohanan Pencak Silat Dunia Ke-20 2024 di Abu Dhabi menoktahkan penantian Malaysia memenangi kejohanan dunia.