SAR warga emas hilang di kebun ditamatkan

BETONG, 25 Dis: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang hilang di kebun di Rumah Jack, Pais, Skrang, ditamatkan hari ini setelah tujuh hari usaha pencarian dijalankan.

Senarai calon bertanding Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 diumum lewat Januari

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 pada kongres badan induk itu yang dijadual berlangsung 15 Feb depan akan diketahui selewat-lewatnya hujung Januari ini.

25 bas disaman beroperasi tanpa pemandu kedua

BUKIT MERTAJAM, 25 Dis: Sebanyak 25 buah bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jauh dalam satu operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di tiga plaza tol di negeri ini pada Selasa.

Nahas KM204: Dua beradik belum tahu ibu bapa sudah meninggal

MELAKA, 25 Dis: Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini Isnin lepas, masih tidak mengetahui ibu bapa mereka sudah meninggal dunia.