Valarya harumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan

KUCHING, 22 Dis: Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buri Miri meraih pingat emas acara lompat jauh kategori perempuan bawah 12 tahun Kejohanan Olahraga Peringkat Kebangsaan MSSM ke-64 di Ipoh baru-baru ini.
Reman suspek kes bunuh di Setia Raja disambung tujuh hari

KUCHING, 22 Dis: Perintah reman terhadap lelaki berusia 23 tahun yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Nurul Asikin Lan atau Amoi disambung selama tujuh hari bermula hari ini hingga 29 Disember 2024.
JKR Sarawak juara Karnival Futsal Antara Jabatan Kerajaan KSRJPS 2024

KUCHING, 22 Dis: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak muncul juara dengan kemenangan 2-1 ke atas KWSP dalam aksi final Karnival Futsal Antara Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Perangkaan Malaysia Sarawak (KSRJPS) 2024.
Rakyat Maghribi bantah keganasan Israel di Gaza

RABAT (Maghribi), 22 Dis: Rakyat Maghribi mengadakan protes pada Sabtu bagi membantah kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun – Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak memandang enteng lebih 6,000 doktor yang meletak jawatan sepanjang lima tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Hannah gesa atlet elak jalan singkat ‘kejar’ kekayaan

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengingatkan semua atlet negara tanpa mengira jenis sukan agar tidak mengambil jalan singkat untuk mendapatkan duit dan kekayaan dengan terlibat dalam salah laku seperti rasuah mahupun mengatur perlawanan.
KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengecam tindakan sekumpulan penyokong bola sepak yang mencetuskan pergaduhan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, laluan Ampang-Sri Petaling pada Jumaat lepas.
Suspek insiden Magdeburg bertindak sendirian – Polis

MAGDEBURG (Jerman), 21 Dis: Suspek dalam insiden rempuhan kereta di bandar Magdeburg, Jerman didapati bertindak sendirian, kata pihak polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Naib juara edisi 2022 Vietnam menepati ramalan melangkah ke peringkat separuh akhir dengan bergaya selepas mengalahkan Myanmar 5-0 pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala ASEAN 2024, malam ini.
Alleycats hiburkan peminat di Bau

KUCHING, 22 Dis: Pemuzik legenda Malaysia, Alleycats menggamatkan Redeem Centre Bau dengan dendangan lagu popular mereka yang menjadi siulan masyarakat berbilang kaum suatu ketika dahulu.