Tiang pintar tambah keindahan Tebingan Kuching

KUCHING, 21 Dis: Pemasangan tiang pintar oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bukan sekadar untuk memperindahkan Tebingan Kuching tetapi selari dengan aspirasi Sarawak menjadi wilayah pintar.

Jangan terlalu selesa dengan kejayaan pilihan raya lepas

SIMUNJAN, 21 Dis: Kemenangan besar Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 tiga tahun lepas bukanlah alasan bagi parti itu untuk menjadi riak dan berdiri sendiri membentuk kerajaan.

Dr Wan Azizah gesa siasatan menyeluruh kematian kucing di UM

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa tindakan serta-merta dan siasatan menyeluruh dilaksanakan, untuk mengenal pasti punca kematian kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia

ISKANDAR PUTERI, 21 Dis: Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan tugas sukar untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 6-1 setelah menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 4-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini, hari ini.