Mayat ahli akademik Turkiye yang hilang ditemukan di terusan London

LONDON, 20 Dis: Mayat ahli akademik Turkiye, Orhan Ekren yang dilaporkan hilang pada akhir November ditemukan di Terusan Regent di London, menurut keluarganya pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kuching City lebih garang dalam suku akhir kedua Piala Malaysia

KUCHING, 20 Dis: Ketinggalan secara agregat satu gol kepada Sabah FC tidak melunturkan semangat pemain Kuching City FC (KCFC) untuk mempamerkan aksi lebih bertenaga dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2024/2025.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 22 Disember.
Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada Hari Krismas

SEOUL, 20 Dis: Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol telah dipanggil untuk disoal siasat pada Rabu depan yang jatuh pada Hari Krismas, berhubung dakwaan penglibatannya dalam pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
Jalan ke Ulu Pedai dinaiki air, penduduk putus hubungan

KANOWIT, 20 Dis: Jalan menuju ke kawasan Ulu Pedai dinaiki air pagi ini menyebabkan penduduk setempat terputus hubungan.
Daisy digunakan cari lelaki OKU hilang

SERIAN, 20 Dis: Pasukan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan khidmat anjing pengesan Daisy bagi membantu menjejaki seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghadapi masalah pendengaran dikhuatiri hilang di kebun di Kampung Rayang di sini, hari ini.
Pesta Telaga Air tampilkan pelbagai acara menarik

KUCHING, 20 Dis: Pesta Telaga Air yang mula dilangsungkan hari ini bakal menarik perhatian ramai dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik.
Menteri Luar Malaysia hadir sesi perundingan Troika ASEAN di Bangkok

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan kini berada di Bangkok, Thailand bagi menghadiri sesi Perundingan Tidak Rasmi Troika ASEAN dan Perundingan Tidak Rasmi Lanjutan.
120 anggota TNI serta UNIFL di Lubnan

JAKARTA, 20 Dis: Tentera Nasional Indonesia sekali lagi menghantar 120 tentera menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di tengah-tengah gencatan senjata ketika ini.
Maritim Malaysia bantu kapal layar rosak enjin di perairan Tanjung Datu

KUCHING, 20 Dis: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak memberi bantuan kepada sebuah kapal layar Nyathi yang mengalami kerosakan enjin di perairan Tanjung Datu di sini, semalam.