PDRM belasah KDN 5-0

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) 5-0 dengan Ifedayo Olusegun muncul wira apabila melakukan hatrik dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini malam tadi.

Rusia tahan suspek pembunuhan ketua pasukan perlindungan nuklear di Moscow

ISTANBUL, 19 Dis: Agensi keselamatan Persekutuan Rusia pada Rabu telah menahan seorang warga Uzbekistan yang disyaki membunuh Leftenan Jeneral Igor Kirillov, Ketua Pasukan Pertahanan Perlindungan Radiasi, Kimia, dan Biologi negara itu, di Moscow, menurut laporan Agensi Anadolu.

Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa

ISTANBUL, 19 Dis: Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastruktur pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).