TVS

Day: December 18, 2024

Keadaan terkawal, tiada keperluan bawa pulang pelajar

PUTRAJAYA, 18 Dis: Malaysia belum berhasrat untuk membawa pulang pelajar dari negara ini yang sedang melanjutkan pengajian di Syria setakat ini, dengan menegaskan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Mohamad mohon maaf merokok di kawasan larangan, janji bayar kompaun

PUTRAJAYA, 18 Dis: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memohon maaf atas kesalahan merokok di kawasan larangan dengan berjanji akan menjelaskan bayaran kompaun yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepadanya, hari ini.

Dewan Negara: Kerajaan tambah 800 doktor pakar setiap tahun

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Kerajaan telah memulakan usaha menambah seramai 800 doktor pakar setahun bagi memenuhi keperluan kesihatan negara, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Kepulangan Tun Musa ke Kota Kinabalu disambut meriah oleh rakyat

KOTA KINABALU, 18 Dis: Tun Musa Aman yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa pada 1 Jan 2025, pulang ke Kota Kinabalu hari ini.

Golongan 50 tahun ‘sasaran berkualiti’ sindiket penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Polis Diraja Malaysia mendedahkan nilai kerugian yang dialami mangsa jenayah sindiket penipuan berusia 50 tahun ke atas adalah tertinggi berbanding kelompok umur yang lain.

Dewan Negara: Sarawak berpotensi jadi hab data AI di Kepulauan Borneo

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Sarawak berpotensi menjadi hab data bagi pusat pemprosesan Kecerdasan Buatan (AI) dengan wujudnya Pusat Data gred Tier-IV di Santubong.

4,400 pelajar Indonesia menuntut di universiti di Malaysia tahun ini

JAKARTA, 18 Dis: Jumlah permohonan visa pelajar baharu dari Indonesia untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi di Malaysia bagi tahun ini adalah seramai 4,400 orang.

Dewan Negara: Trend aliran migrasi penduduk desa ke bandar berkurang

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan migrasi penduduk desa ke bandar mencatatkan trend menurun, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Banduan Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia

Mary Jane Veloso berpeluang bertemu dua anak lelakinya dan bapanya (kiri) sebaik tiba di Penjara Wanita di Manila pada 18 Disember 2024. Foto AFP

MANILA, 18 Dis: Mary Jane Veloso, seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara, lapor Xinhua.

KPK Pink dan AGB harumkan nama Sarawak dalam sukan paintball Malaysia

Pasukan AGB dan KPK Pink mengharumkan nama Sarawak apabila meraih tempat kedua dan ketiga di Kejohanan Paintball Lada Cup di Langkawi pada 14 hingga 15 Disember.

KUCHING, 18 Dis: Pasukan AGB dan KPK Pink mengharumkan nama Sarawak apabila meraih tempat kedua dan ketiga di Kejohanan Paintball Lada Cup di Langkawi pada 14 hingga 15 Disember.

← Previous
Next →
Elevate your media experience and immerse yourself in the latest news, captivating dramas and diverse programmes preferred by Sarawak audience.
Facebook-f Instagram X-twitter Tiktok Youtube Telegram Threads Whatsapp

Follow TVS News

Facebook-f Instagram Tiktok Youtube Threads Whatsapp

Follow TVS Entertainment

About Us

Pitch-It
Faces of TVS
TVS Prihatin
Casting call
Sarawak Media Group
Contact Us
Career
Advertise With Us
Vendor Registration
SMG Whistleblowing Channel

Support

FAQ
Terms & Conditions
Privacy Policy

Copyright © 2025 Sarawak Media Group Sdn Bhd 201801013814 (1275830-A)