Maghribi bersedia untuk Piala Dunia 2030 bersama Sepanyol dan Portugal

RABAT, 10 Dis: Selepas berdekad lamanya mencuba tanpa kejayaan, Maghribi akhirnya sekali lagi cuba menggapai impian lamanya untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak 2030 bersama Sepanyol dan Portugal.
UEM Edgenta dan JBPM bekerjasama tubuh pasukan tindakan kecemasan bersama

KUALA LUMPUR, 10 Dis: UEM Edgenta Berhad, syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur terkemuka di rantau ini, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan Bersama.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan – Exco

IPOH, 10 Dis: Cadangan agar skuad bola sepak Perak Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Negeri.
Dua orang maut dalam insiden kapal karam di Jawa Timur

JAKARTA , 10 Dis: Sekurang-kurangnya dua maut dalam insiden kapal karam di perairan Sepudi, Situbondo, Jawa Timur seleepas kapal Fajar Lorena berlepas dari Pelabuhan Sepudi ke Pelabuhan Kalbut.
JPJ Sabah perangi pengubahsuaian haram lori bawa muatan lebih had

SANDAKAN, 10 Dis: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mendedahkan kewujudan pengubahsuaian haram terhadap lori dan kenderaan berat di Sabah yang membimbangkan dari aspek keselamatan pengguna jalan raya dan aspek kerosakan jalan raya.
JKR Sarawak tingkat kecekapan, boleh memohon projek Persekutuan lebih RM100 juta – Uggah

KUCHING, 10 Dis: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak disaran untuk mempertingkatkan kapasiti kecekapan bagi pelaksanaan projek-projek infrastruktur Persekutuan di bawah seliaan pihak berkenaan di wilayah ini.
Prestasi membanggakan JKR Sarawak modal berhujah penuhi tuntutan MA63 – Abang Johari

KUCHING, 10 Dis: Prestasi membanggakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak terutamanya dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dijadikan modal untuk berhujah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perundingan melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kerajaan Sarawak optimis mampu capai pendapatan RM20 bilion tahun hadapan

KUCHING, 10 Dis: Kerajaan Sarawak optimis akan mampu mencapai pendapatan sebanyak RM20 bilion pada tahun hadapan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Selangor sasar RM2 bilion resit pelancongan menerusi jualan durian pada tahun depan

PETALING JAYA, 10 Dis: Kerajaan Selangor optimis mampu meraih RM2 bilion resit pelancongan di negeri itu pada tahun depan menerusi jualan buah durian.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina

MANILA, 10 Dis: Pejabat Pertahanan Awam Filipina memaklumkan pada Isnin bahawa proses pemindahan segera kira-kira 87,000 penduduk sedang dijalankan susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon, lapor Xinhua.