KMKK digesa proaktif sampaikan dasar kerajaan di peringkat akar umbi

PAKAN, 6 Dis: Ketua masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digesa proaktif turun padang untuk menyampaikan dasar kerajaan di peringkat akar umbi bagi memastikan hubungan antara kerajaan dan rakyat sentiasa kukuh.
Kuching Blockchain Technology Association pacu inovasi rantaian blok di Sarawak

KUCHING, 9 Dis: Kuching Blockchain Technology Association (KBTA) melakar langkah penting ke arah memajukan ekosistem rantaian blok di Sarawak menerusi majlis prapelancaran penubuhannya pada 3 Disember 2024.
Tat Meng sah tinggalkan Team LZJ

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan untuk meneruskan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya.
Guterres seru “Dialog serius” untuk hentikan keganasan di Syria

NEW YORK, 6 Dis: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menggesa semua pihak untuk melibatkan diri secara serius dengan Utusan Khasnya bagi Syria, Geir Pedersen demi merangka pendekatan baharu yang inklusif dan menyeluruh bagi menyelesaikan krisis berlarutan di negara itu selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan 2254 (2015).
Jemaah Menteri beri kelulusan RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Parlimen

PUTRAJAYA, 6 Dis: Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan setelah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Mesyuarat Kabinet hari ini.
PM arah DNB, MyDigital ID selesai isu kelewatan segera – Fahmi

PUTRAJAYA, 6 Dis: MyDigital ID dan Digital Nasional Berhad (DNB) diberi masa sehingga pertengahan bulan ini bagi menyelesaikan isu kelewatan dalam melaksanakan dua inisiatif digital nasional, MyDigital ID dan rangkaian kedua 5G, kata Fahmi Fadzil.
Agih RM60 juta dikena nempa Bukit Saban nyadi hab pemansut pemakai

SPAOH, 6 Dis: Ejensi Pemansang Bagi Menua Betong (BDDA) deka nyendiaka agih belanja penyampau RM60 juta taun baru dikena ngangkatja sitak DUN Bukit Saban nyadi palan pemansut pemakai.
Harga minyak sawit diunjur antara RM4,000 hingga RM5,000 satu tan tahun depan – CPOPC

JAKARTA, 6 Dis: Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengunjurkan harga minyak sawit berada antara RM4,000 hingga RM5,000 satu tan tahun depan, didorong oleh pengeluaran yang mendatar di pasaran utama, khususnya Indonesia dan Malaysia .
Tiga pendaki dipercayai maut di gunung tertinggi New Zealand: Polis

WELLINGTON, 6 Dis: Tiga pendaki dipercayai maut di gunung tertinggi New Zealand selepas dilaporkan hilang selama lima hari, menurut polis pada Jumaat, lapor Xinhua.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan – PM Anwar

PUTRAJAYA, 6 Dis: Bank Negara Malaysia (BNM) masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.