Dewan Rakyat: 23,957 pelajar di seluruh negara terjejas banjir

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Seramai 23,957 pelajar di seluruh negara dikenal pasti terjejas akibat banjir yang melanda beberapa negeri dengan kesemua mereka telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Pelabuhan laut dalam, LTAK baharu pacu penyelesaian tenaga mampan

KUCHING, 5 Dis: Pembangunan projek Pelabuhan Laut Dalam Tanjung Embang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu dirangka untuk memacu penyepaduan penyelesaian tenaga mampan di Sarawak.
Budaya sarapan di Malaysia diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ahli Parlimen Perancis gulingkan Kerajaan Barnier dalam undi tidak percaya

ANKARA, 5 Dis: Kerajaan Perdana Menteri Perancis Michel Barnier tumbang pada Rabu selepas tewas dalam undi tidak percaya di Dewan Perwakilan Nasional negara itu.
Sarawak percepat matlamat karbon sifar bersih menerusi kerjasama dengan China

BEIJING, 5 Dis: InvestSarawak menjalinkan kerjasama dengan China Smart Energy Industry Alliance (CSEIA) dan Architectural Design & Research Institute of Tsinghua University Corporation Limited (THAD) dalam memacu cita-cita Sarawak menjadi kluster karbon sifar bersih pertama di rantau ini.
Bomba selamatkan lelaki hanyut hampir 12 jam di Sungai Batang Rajang

SIBU, 5 Dis: Kecekapan dan kesungguhan Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang hanyut hampir 12 jam di Sungai Batang Rajang.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing – Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
MA63: Generasi muda diseru berjuang, pertahankan hak Sabah

PENAMPANG, 5 Dis: Rakyat Sabah terutama golongan belia diseru agar giat memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua

PUTRAJAYA, 5 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua.
Liga Super: Kuching City FC gagal sekat kemaraan Sabah FC

KUCHING, 4 Dis: Aksi mantap yang dipamerkan Kuching City FC ketika bermain gelangang sendiri nyata masih gagal menyekat kemaraan pasukan Sabah FC untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan Liga Super di Stadium Negeri di sini pada Rabu.