Rusia tangguhkan World Friendship Games

MOSCOW, 3 Dis: Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Sultan Ibrahim titah budaya penderaan di UPNM perlu dinoktahkan serta merta

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan agar budaya penderaan yang dilaporkan berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihentikan serta-merta.
BAM sahkan kehadiran pegawai SPRM bagi dapatkan maklumat berkaitan

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke pejabat badan induk itu di sini minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.
Peguam Khas AS bantah permohonan Hunter Biden batalkan pertuduhan selepas pengampunan

WASHINGTON, 3 Dis: Peguam Khas Amerika Syarikat David Weiss membantah permohonan Hunter Biden untuk membatalkan pertuduhan cukai dan senjata api terhadapnya selepas Presiden Joe Biden memberikan pengampunan, menurut satu dokumen mahkamah.
Jumlah mangsa banjir di lapan negeri mula menurun pagi ini

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri terjejas semakin menurun pagi ini kepada 94,636 orang berbanding 99,823 orang malam tadi, manakala angka kematian akibat banjir yang telah dilaporkan kekal pada tujuh orang.
Banjir: Kerajaan Kelantan rakam penghargaan kepada pihak terlibat hulur bantuan

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi keselamatan yang berhempas pulas menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang di negeri itu.
Rempuhan mengorbankan sekurang-kurangnya 56 orang semasa perlawanan bola sepak di Guinea

CONAKRY, 3 Dis: Satu insiden rempuhan semasa perlawanan bola sepak yang didedikasikan untuk ketua junta Guinea telah mengorbankan sekurang-kurangnya 56 orang, kata kerajaan pada hari Isnin, ketika pihak pembangkang menuduh pihak berkuasa yang dipimpin tentera bertanggungjawab secara langsung terhadap tragedi tersebut.
Indonesia sekat penyeludupan 17 pekerja migran, 24 rakyat Bangladesh ke Malaysia

JAKARTA, 3 Dis: Tentera Laut Indonesia memintas perjalanan sekurang-kurangnya 17 pekerja migran Indonesia dan 24 rakyat Bangladesh ketika cuba diseludup ke Malaysia di Pantai Dumai, Wilayah Riau.
Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport untuk banteras pemerdagangan manusia

JAKARTA, 3 Dis: Ombudsman Indonesia menggesa Kementerian Imigresen dan Pemasyarakatan untuk meningkatkan kemampuan pegawai imigresen dalam menjalankan prosedur pemeriksaan pasport yang lebih teliti sebagai strategi utama untuk mencegah pemerdagangan manusia, lapor agensi berita ANTARA.
Malaysia sebagai pintu masuk strategik untuk kerjasama ASEAN-China

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan rantau ASEAN kepada pasaran global sebagai hab strategik di Asia Tenggara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.