Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB – Uggah

SERIAN, 1 Dis: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tulang belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak boleh membenarkan wujudnya perpecahan dalaman yang boleh melemahkan parti.
Trak ATM tergelincir redah banjir, kejadian tidak libat calon SPM

KOTA BHARU, 1 Dis: Sebuah trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah tergelincir semasa Op Murni, namun kejadian tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.
Abang Johari kekal Ketua Cawangan PBB Gedong

KUCHING, 1 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gedong semasa pemilihan dalam Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Gedong.
Harga kopi mungkin meningkat 25 peratus pada 2025 disebabkan hasil tuaian teruk di Brazil, Vietnam

MOSCOW, 1 Dis: Harga kopi mungkin meningkat sebanyak 25 peratus pada 2025, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan akan memberi kesan kepada hasil tuaian di Brazil dan Vietnam, negara pengeluar utama kopi Arabica dan Robusta, kata Anton Trenin, seorang pakar di kumpulan penarafan korporat Agensi Penarafan Kredit Analitikal Rusia (ACRA), kepada RIA Novosti pada Ahad.
Malaysia berdepan masalah penuaan menjelang 2030

KUCHING, 1 Dis: Malaysia bakal menghadapi masalah penuaan menjelang 2030 dengan 15 peratus daripada populasinya berusia 60 tahun ke atas.
Sarawak bekerjasama dengan Cambridge laksana penilaian standard

KUCHING, 1 Dis: Sarawak akan bekerjasama dengan Universiti Cambridge untuk melaksanakan ujian penilaian murid tahun enam, tingkatan tiga dan lima bagi memastikan peningkatan mutu pendidikan generasi akan datang.
Sheila Majid pukau pengunjung Festival Jazz Borneo 2024

MIRI, 1 Dis: Penampilan istimewa Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid menjadi detik paling ditunggu-tunggu peminat pada Festival Jazz Borneo 2024 kali ini.
PBB berkhidmat dalam setiap keadaan mengikut peredaran zaman

KUCHING, 1 Dis: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus berkhidmat dalam setiap keadaan dan era pembangunan mengikut peredaran zaman.
RM300 juta untuk keseluruhan pengairan moden di Lubok Punggor

KUCHING, 1 Dis: Kerajaan Sarawak memperuntukkan kira-kira RM300 juta untuk melaksanakan keseluruhan sistem pengairan secara moden bagi kawasan seluas 500 hektar penanaman padi di Lubok Punggor, Gedong.
Sarawak miliki ramai anak muda berbakat dalam muzik

KUCHING, 1 Dis: Konsert Muzik Rakan Muda Sarawak 2024 merupakan inisiatif bagi memberi pendedahan kepada belia untuk mencungkil dan menggilap bakat dalam bidang muzik.