Majlis Hukama’ Al-Muslimin sambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan

KAHERAH, 28 Nov: Majlis Hukama’ Al-Muslimin yang dipengerusikan oleh Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmed Al-Tayeb menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan dan menegaskan sokongannya terhadap semua usaha serantau serta antarabangsa ke arah mencapai keamanan dan kestabilan di rantau itu.

Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka mulai Ahad ini

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2025.

Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Sabah FC menepati ramalan mudah mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 selepas menyingkirkan PT Athletic dengan keputusan agregat 7-0, selepas melakar kemenangan 3-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik di sini, malam tadi.

Bunyi tanah menggelonsor kejutkan enam sekeluarga

SARIKEI, 28 Nov: Bunyi bising mengejutkan enam sekeluarga sebelum menyedari berlakunya kejadian tanah runtuh di depan rumah bantuan (PPRT) yang mereka diami di Sungai Kesa, Jalan Baron di sini, semalam.

PERANTIS beri peluang wanita perkasa diri jadi pemimpin

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Sebanyak 26 permohonan bagi Program Perantisan Kepimpinan Wanita 2024 (PERANTIS 2024) telah diluluskan dengan peruntukan RM1.19 juta, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.