Penjual di TikTok Shop mencatat peningkatan jualan lebih 4.5 kali ganda sempena promosi 11.11

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Penjual #JomLokal di TikTok Shop mencatat peningkatan jualan lebih 4.5 kali ganda sempena acara beli-belah dalam talian terbesar 11.11 Mega Sale anjuran platform e-dagang berasaskan kandungan itu. Antara jenama tempatan yang mencatatkan kenaikan jumlah pesanan berlipat kali ganda adalah Dapur Pak Amir, Shiffa Curry Powder, dan Empat Beranak, menurut TikTok Shop dalam kenyataan hari ini.